Pages

Thursday, June 24, 2010

~Penghargaan~

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YAB Datuk Seri Haji Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka kerana sudi merasmikan Produk ChloropHyll Drops pada 21 Jun 2010 yang lalu.


Terima Kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

(Terima Kasih : Dr Zakaria Abdullah, Pn. Raja Molek Nazarian, Raja Nazrin Shah, Tengku Mohd Yaacob, Tengku Muhammad Sunaidi, Firdaus, Naqib, Azlan, Aishah, Amin, Dahari, Hazwan, dan lain-lain)

Saturday, June 19, 2010

Jemputan ke Majlis Pelancaran ChloropHyll Drops


Alhamdulillah, dengan izin Allah, produk ChloropHyll Drops telah mendapat sambutan ramai. Atas dasar ini Global Net Trade dengan bangganya ingin menjemput anda memeriahkan Majlis Pelancaran Produk One Shot Series 'ChloropHyll Drops' yang akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 21 Jun 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam
Antara yang menarik : Taklimat mengenai ancaman keasidan badan oleh Dr. Zakaria Abdullah, demonstrasi ChloropHyll Drops dan diskaun menarik yang menanti pengunjung....

Apa tunggu lagi???
Mari datang ramai-ramai!!!!!!!



Share

Wednesday, June 9, 2010

Pandangan pakar mengenai keasidan dalam badan

1. Doktor di Jepun telah membuat kajian manfaat mengalkalikan saluran darah dan mendapatinya berkesan melawan penyakit kronik.

2. Dr Alexis Carrel, pemenang hadiah Nobel tahun 1912 berkata,"Rahsia kepada kehidupan ialah dengan memberi makan menyuburkan sel dan membiarkannya menyahkan bahan buangan toksin".

3. Dr Otto Warburg, pemenang dua kali hadiah Nobel tahun 1931 & 1944 berkata "Jika persekitaran dalaman kita bertukar dari keadaan berasid dan kekurangan oksigen kepada persekitaran beralkali dan kaya dengan oksigen, virus, bakteria dan kulat tidak boleh hidup".

Kanser jantung tidak wujud sebab darah yang mengalir dari paru-paru ke jantung mempunyai pH tertinggi dengan kandungan oksigen yang tinggi dari bahagian badan lain.Apabila darah mengalir melalui paru-paru, asid bertoksin akan disingkirkan dari sistem, dan oksigen akan menyerap masuk.

4. Dr Keiichi Morishta, dalam bukunya, "The Hidden Truth of Cancer", menulis jika darah membina bahan buangan berasid berlebihan, didalam persekitaran berasid tahun demi tahun, peningkatan kadar asid yang berterusan menyebabkan sel mewujudkan wadah bagi pertumbuhan kanser."

5. Herman Aihara menulis dalam bukunya, "Acid & Alkaline", jika kondisi cecair sekeliling sel, terutama sekali darah, menjadi berasid, kondisi dalaman kita akan menjelmakan kesihatan dan keperitan seperti pening kepala, sakit dada, sakit perut dan sebagainya.

6. Dr Kancho Kuninaka, salah satu dari pakar air alkali di Jepun mengatakan,"....semestinya tanpa kecuali, pesakit tekanan darah tinggi mempunyai kondisi keasidan".

7. Mc Cabe, berkata apabila kepekatan oksigen dalam darah menurun dibawah paras 60%, kondisi menjadi amat sesuai untuk terjadinya kanser.

8. Sandra Goodman PhD, Germanium, The Health and Life Enhancer berkata "Kekurangan oksigen dan paras asid yang tinggi selalu wujud bersama.Apabila berlaku kekurangan oksigen, kehilangan elektron boleh diakhiri dengan timbunan ion hidrogen positif, yang membawa kepada pengasidan darah."


Tuesday, June 8, 2010

FAQs


Apa itu chlorophyll drops(CD)?
  • CD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.
Apakah fungsi CD?
  • CD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan.Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.
Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?
  • Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan,tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung , sakit sendi, penyakit kulit tegar, dan juga kanser.
Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?
  • Dua perkara berlaku apabila kita makan.Sebahgain dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid.Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.
Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?
  • "Anda akan berpenyakit,lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan, dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid," kata Dr Robert Young.
Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?
  • Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.
Apakah yang seterusnya terjadi?
  • Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.
Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?
  • Apabila darah berasid dineutralkan dengna minuman beralkali , sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. CD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.
Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?

  • "Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga.Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality," Dr Robert Young.
Adakah CD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?
  • Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari CD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah, dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.
Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?
  • Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan , ia bertukar menjadi kanser.
Apakah tanda keasidan dalaman?
  • Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung, dan keasidan menrangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.
Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?
  • Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.
Siapakah yang memerlukan CD?
  • Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun keran mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih lagijika dibiarkan berterusan. CD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.
Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari CD?
  • Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. CD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi lama kelamaan pengguna CD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.
Adakah CD bermanfaat bagi penghidap diabetes?
  • Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi,mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh CD mengurangkan buangan asid, dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu CD membantu meredakan diabetes.
Adakah CD baik untuk pesakit kanser?
  • Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. CD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. CD sudah pasti musuh kepada kanser dan baik untuk penghidap kanser.
Bolehkah faedah mengambil CD dinikmati segera?
  • CD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. CD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda, dan CD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah.
Apakah kesan sampingan menggunakan CD?
  • Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapum, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.
Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila CD digunakan?
  • 3 manfaat terdapat dalam menggunakan CD:
  1. Rehidrasi. Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
  2. Oksigenasi. Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari CD
  3. Pengalkalian. Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan.Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.
Bagaimana CD digunakan?
  1. Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
  2. Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
  3. Jika CD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
  4. CD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum